CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 23, 2009


Assalamualaikum Wbt....

Mukaddimah...
Hari ini saya hendak kesempatan untuk berkongsi sedikit tips iaitu
"the easy way to preform subuh prayers"...maksudnya
"cara mudah untuk melaksanakan solat subuh"....saya mendapat tips ini dari buku keluaran Al-hidayah bertajuk The Miracle Of Solat Subuh...banyak sngat ilmu didalam buku tersebut..jadi apa yang saya ingin kongsikan hari ni adalah sebahagian daripada topik yg terkandung di dalam buku tersebut...ia adalah Versi Bahasa Inggeris..saya harap saya dapat memberikan yg terbaik pada anda dalam terjemahan saya...insyaallah...



Dimulakan dengan Bacaan Bismillah.........

1.IKHLAS

Ikhlas adalah tips terpenting dlm membntu kita untuk bangun solat subuh.Tanpa keikhlasan,seseorang tidak akan melaksanakan subuh secara teratur.Itu kerana solat subuh merupakan "standard" yang membezakan orang ikhlas dengan orang-orang munafik.


Ikhlas kerana Allah Swt diraih dengan kesungguhanmu yang sangat untuk menjadikan kita reda terhadap amalan anda..Anda bersedia mengorbankan apa apapun demi meraihnya.Keikhlasan tidak akan muncul melainkan setelah anda menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah..

Allah s.w.t berfirman:

Ertinnya:
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelum kamu: Jika kamu mempersekutukan (Allah), nescaya akan hapuslah amal kamu dan tentulah kamu orang-orang yang rugi.Keran itu,maka hendaklah Allah saja kamu ibadahi dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." (Az-Zumar: 65-66)


2.TEKAD YANG KUAT


Saya yakin,tidak ada yang mampu menghalang orang solat Subuh yang memiliki azam tulus
untuk bangun solat Subuh.

Kalau seorang muslim betul-betul merasakan tingginya nilai solat subuh berjemaah,maka dia akan mengatur seluruh kehidupannya agar bangun untuk solat subuh.Lihatlah apa yang difirmankan Allah berkenaan dengan orang-orang munafik.


Ertinya:
"Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang),tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya: Tetapi Allah tidak suka pemergian mereka lalu dilemahkanNya semangat mereka,dan dikatakn (oleh syaitan), Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal." (At-Taubah:46)



Jadi,pertama sekali adalah adanya kemahuan yang kuat.Sekirannya mereka memilikki kemahuan dan tekad untuk keluar berjuang di jalan Allah,tentul mereka mempersiapkan apa2 kemungkinan berangkat ke medan perang.Begitu pula bagi yang keinginan solat subuh.Jika mereka tidak mempersiapkan apa-apa,bererti dia bukan orang yang jujur.Seakan-akan dia berkata," Saya mahu tapi tidak setuju....."

Ok saya bagikan contoh...kalau kita tidur lambat,tidak memasang "alarm" atau apapun bantuan yang membolehkan kita bangun..dan kita tidak melakukan apa-apa usaha yang boleh membantu kita...tak ke seperti "Saya mahu solat,tetapi saya tidak mendengar azan!!!" Kalau tidak ada keinginan yang kuat ,maka kita janganlah berharap nak mendengar azan..sedangkan jika ibu kita memanggil kita untuk bangun..begitu liat kita hendak bangun kerana kita tidak ada kemahuan dan semangat yang tinggi...!!!

Bahkan meskipun sekirannya seorang muslim mendengar azn tapi kemahuannya lemah,dia tetap tidak akan bangun.Namun apa yang lebih berbahaya adalah apabila sampai kepada peringkat : Allah benci jika orang itu bangun.Apa yang terjadi kalau Allah sudah membenci seoramg muslim itu untuk mengerjakan solat???

Allah membenci apabila seorang muslim yang bangun hanya ingin melanggar perintahNya .Dia tidak mempunyai kemahuan yang kuat,dan berniat secara terus terang bermaksiat.Allah tidak menyukai seorang hamba yang datang kepada-Nya dengan keterpaksaan dan kebencian.Akan tetapi Dia mencintai seorang hamba yang taat,yang rela melangkahkan kakinya kerana rindu akan cinta-Nya.

Apabila Allah mendapatkan seorang hamba yang lemah ke mahuannya ,maka dia akan semakin menanamkan keengganannya untuk solat dan demikian pula dengan amal kebaikan yang lain .Bahkan Allah akan membuatnya tidak mampu dan mencegah beramal!! Nauzzubillah..........!!!


Jadi,bermuhasabahlah!! Perkara ini sungguh begitu penting .Jika anda telah bersedia meninggalkan solat subuh ,berhati-hatilah apabila anda berada dalam golongan orang-orang yang tidak disukai Allah untuk pergi mengerjakan solat .Anda akan ditimpa kemalasan kelalaian dan terus berdiam diri..
JANGANLAH KITA TERPENGARUH OLEH PERBUATAN ORANG LAIN YANG GEMAR MENINGGALKAN SALAT SUBUH.

3.DUA PENGINGAT
a.ALARM

Alarm merupakan perantara utam untuk bangun tidur.Bila anda memasang alarm setelah solat Subuh hal ini menunjukkkan anda sengaja meninggalkan kewajipan solat subuh.Inilah petanda yang sangat berbahaya.Kita memohon keselamatan bagi saya dan anda..
Ada nasihat khusus berkenaan dengan alarm.

1.Pasang alarm tepat saat solat subuh,sehingga ketika jam berbunyi,azan subuh berkumandang ,maka anda dapat mendengar suara azan yang sangat indah : Hayya 'ala Salah....Hayya 'alal Falah....As-Salatu Khairun minan Naum...Allahu Akbar .. La Ilaha Illallah.Kalimat ini insyaallah akan mengerakkan hati.roh dan jasad anda untuk bangun.

2.Usahakan membeli alarm yang bersuara kuat,bukan yang bermuzik ye..beli alarm yang mampu membangunkan anda..
3.Bila memungkinkan belilah alarm lebih dari satu.Lepas itu pasang pada setiap jam dengan berbeza waktu lima minit ,sehingga anda tetap berkesempatan untuk bangun,apabila secara tidak sengaja mematikan salah satun alarm..


4.INGAT jauhkan alarm dari tangan anda ..Letakkan pada jarak yang tertentu sehingga untuk sekadar untuk mematikannya ,anda harus bangun...jika saya saya letaknya di meja belajar sya..saya harus bangun dari katil saya..untuk ke meja belajar semata2 untuk mematikan alarm ketika itu saya dah sedar commitment dan tanggungjawab saya yang sya perlu lakukan,rasa mengantok pasti dapat diatasi...insyaallah anda juga pasti BOLEH!!

5.kita gunakan kelebihan alat komunikasi seperti telephone untuk menbantu kita.. Buatlah janji dengan kawan ." Sesiapa yang bangun lebih dulu ,mintak bantuan mereka untuk membangunkan anda dengan menelifon anda..selain daripada bantuan kedua ibu-bapa kita...


Ajaklah seluruh orang yang anda cintai ,teman-teman orang-orang yang anda kenal dan rakan-rakan anda.

  • Bicaralah kepada mereka setiap hari tentang solat subuh dan kepentingannya.
  • Buatlah janji dengan mereka untuk solat subuh bila memungkinkan.
  • Tulislah hadis-hadis tentang solat subuh dan berikan kepada mereka supaya mereka membacanya.
  • kirimkan e-mail kepada mereka.
  • Hubunggilah meraka dengan telefon sebelum solat subuh.
  • Berikan kepada mereka kaset atau buku yang berbicara tentangb solat subuh.
  • Berinteraksi dengan sesuatu yang sesuai dengan karakter kawan anda dan jangan sekali-kali melupakan mereka..



Muslim ada meriwayatkan dari Jarir Bin Abdullah bahawa mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:

" Barangsiapa yang mengajak kebaikan dalam islam kemudian mengamalkan hal itu sepeninggalanya ,maka bagi mengajak tadi pahalanya sama dengan yang diajak .Sedikitpun tidak mengurangi pahala yang diajak. Barangsiapa yang mengajak pada kejahatan,kemudian dia melakukan sepeninggalnya maka yang mengajak baginya dosa seperti dosa yang diajak,tanpa mengurangi dosa orang yang diajak sama sekali."


10 CARA MUDAH MENJAGA SOLAT SUBUH..
  1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah ,dan berikanla hak-hak Nya.
  2. Bertekad dan muhasahabah diri anda setiap hari.
  3. Bertaubatlah daripada dosa-dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
  4. Perbanyakkan membaca doa agar Allah memberi kesempatan untuk solat subuh.
  5. carilah kawan yang baik.
  6. Latihlah untuk tidur cara yang diajar Rasulullulah s.a.w.( tidur awal,berwuduk sebelum tidur,miring ke kanan,berdoa) sampaikan pada orang lain akan gaya hidup anda yang baru.
  7. Menyedikitkan makan sebelum tidur serta jauhilah teh dan kopi pada malam hari.
  8. tulis pengingat solat subuhndan gantunglah di atas dinding.
  9. Bantulah dengan 2 pengingat (ALARM,TELEFON).
  10. Ajaklah orang lain untuk solat subuh dan mulakanlah dari keluarga anda.


Saya Memohon Kepada Allah Untuk diri Saya,Anda dan Seluruh Umat islam semoga Allah memberikan Hidayah sempurna menuju jalan-Nya.

Akhir kata saya menyusun sepuluh jari mohon maaf jika sepanjang penulisan saya ,saya ada terksar bahasa,tersilap kata atau mengguris perasaan mana-mana pihak..
mohon diberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya jika diperlukan Terima-Kasih..




RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Monday, December 21, 2009




YA ALLAH, pejamkan mata saudaraku agar lena dalam jagaanMu,Degupkan jantungnya agar suaranya dalam pangkuanmu,tartilkan zikirnya agara bicaranya dalam As-Samadmu gegarkan ikhtiarnya agar jawarihnya dalam Qadarmu serta hanguskan hatinya agar hangat dalam cintaMu...Jazakillah Ukhti..^ _ ^..




Dengarlah sahabat ku sekalian ALLAH memujukmu " At-toyyibat Littoyibin " 'wanita baik iaitu dijanjikan utk lelaki baik & sebaliknya..telah tercatat seungkap nama lelaki di loh mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau berada di atas jalan yang diredhainya Insyaallah si dia turut berada di jalan yang sama.. Lupakan segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta hakiki nescaya cinta LELAKI SOLEH turut kau milikki Yakinlah dengan Janji ALLAH senyumlah pada sinar yang menantimu insyaallah!!!!



"Ya Allah ,kiranya Rasulmu Hidup bersahabat kurniakan jua aku sahabat,tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMU seperti kebenaran Assidiq.. Biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali.."

Sunday, December 20, 2009





Assalamualaikum W.b.t ...


tik tok tik tok pejam celik-pejam celik dah nak masuk tahun 2010....cepatkan masa berlalu bnyk yg tlah berlaku yg bnyk memberi kita pengajaran,pengalaman,iktibar....suka-duka...adatla 2...lumrah hidup, Tahun 2010 adalah tahun yg mengembirakan,yg menakutkan,saya akan mendudukki peperiksaan yg sngt penting pada thun depan teruja rasanya tak sabar pun ada gak ish2 perasaan yg tidak menentu hehe...sempat ke nak pulun semuanya especially sub sejarah....mengantoknya!!!!!!! no komen no komen....
hehe..

SPM satu peperiksaan yg sngt penting bg setiap pelajar...pep itu akan menentukan kefahaman akademik kita selama 11 tahun kita menuntut ilmu....dan diikuti jugak sama ada kita layak untuk sambung pengajian yg lebih tinggi ataupun tidak..masa depan kita bergntung disitu.............


Tapi separu daripada kalangan pelajar zaman sekarang memandang remeh dengan pep itu..
last minute baru nak pulun semuannya.......sedangkan kita boleh mula dari awal tahun form 5..tak pun form 4...buat persediaan apa yg ptt...kita hanya merancang dan berusaha..selainnya ketentuanNya...



kadang-kadang kita just biarkan masa berlalu begitu saja...kita tidak menghargainya dengan menggunakn masa diberi dgn sebaiknya ........sebagai contoh kita akan mendudukki peperiksaan akhir tahun sedangkn sebulan sebelum 2 kita mempunyai masa yg sangat lapang...tapi kita gunakn masa 2 kearah melepak,online internet ke myspace,facebook,tagged,twitter,hi5,friendster.chating sms,ym,msn..dan sebagainya...MEMANG BETUL! tak salah tapi kita seharusnya sebagai pelajar menetapkan limit pada entertainment sebegitu...sya sendiri tidak terkecuali dlm hal ni sya juga mempunyai facebook,myspace dn lain2 sebagai hiburan masa lapang saya untuk melepas tekanan lepas belajar...sebahagian pelajar ambil hiburan internet seperti facebook dn lain2 sebagai tempat release tension btul tak...ok why not kita belajar dulu mugkn lepas kita selesai blajar kita online...tetapkan msa mungkin seminggu sekali selama empat jam..or sehari 1 jam...tentu boleh..."DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU PASTI ADA JALAN"
sya tidak menafikan internet ada satu keperluan..jadi bergntung pada cara kita menggunakkannya...balik dengan apa yg sya katakan tadi Kita akan mendudukki peperiksaan tapi kita tidak menggunakkan masa kita dengan sistematik jadi apabila kita GAGAL dalam peperiksaan kita KENAPA KITA HARUS SALAHKAN ORANG LAIN SEDANGKAN KESALAHAN ITU DATANG DARI DIRI KITA!! KENAPA KITA TAK BELAJAR DARI AWAL?? KENPA SUKA LAST MINUTE WORK?? saya bercakap berdasarkan apa yg saya pernah lalui....SECARA konlusinya kita seharusnya tanya diri kita sendiri apa yg kita lakukan untuk diri kita..keluarga kita...berbaloi ke apa yg kita lalukan dibandingkan susah payah penah letih ibu-bapa kita yg sentiasa mengharapkan kejayaan dalam pembelajaran kita...........



Beberapa kata-kata hikmat yg saya ingin kongsikan bersama anda..yg saya perolehi dari buku yg saya baca..............



1.seorang ahli fikir pernah berkata bahawa: "Milikilah jiwa yang tabah,sabar dengan menggunakan akal yang sihat"

2.Norman vincent Peale berkata: "Jika anda ingin menyuburkan semangat tidak menyerah kalah,anda jangan sekali-kali berbicara tentang kekalahan yang dihadapi kerana jika anda berbuat demikian bererti bahawa anda telah membuka jalan bagi kekalahan tersebut dalam fikiran anda"

3.Norman Vincent Peal berkata:Bila anda menghadapi suatu kesulitan yang mungkin sukar diatasi atau sampai membuatkan anda putus-asa,maka ada satu prinsip yang patut digunakan. Prinsip itu sangat sederhana sekali : JANGAN MENYERAH!!!!!

4. Success comes to people who never stop dreaming,who trust that their dreams comes true,who use each new chance that each day brings their way!!

5.Kejayaan kita pada masa hadapan ditentukan oleh tindakan kita pada masa kini,bukan kelemahan kita pada masa lalu. -anonim-

6. You are loser if you stpo trying -anonim-


7.Menurut Thomas Edison:" Sucess is 1% inspiration and 99% perspiration when i was young a young lad,out of 10 things i did, nine were failure. i didn't want tio be a failure , So i worked 10 times harder "

Saya terjemahkanya lebih kurang seperti berikut:

Kejayaan adalah 1% INSPIRASI dan 99% USAHA Sewaktu sya kanak-kanak dahulu setiap 10 pekara saya buat sembilannya menemui kegagalan saya tidak mahu menjadi seorang yang gagal. Oleh itu sya berusaha 10 kali ganda daripada biasa"



8.kesulitan dan kesusahan ialah sebuah lorong yang telah kita lalui,bukannya sebuah dinding batu yang akan menghantuk dan memecahkan kepala kita -pepatah cina-


9.menurut UMAR IBN AL-KHATTAB " manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat"


10." Sesungguhnya dunia ini laksana laut yang dalam dan ramai manusia yang tenggelam di dalamnya.Maka sebab itu jadikanlah taqwa kepada ALLAH swt isinya IMAN denga ALLAH perahumu.Layarnya tawakkal kepada ALLAH.Mudah-mudahan kamu akan selamat dan berjaya" -(LUKMAN AL-HAKIM)-



Diikutkan banyak lagi kata2 pembakar semangt yang ingin saya kongsikan tetapi masa saya kini tidak menginzinkan...insyaallah update saya yang seterusnya akan saya terapkan...insyaallah!!!!
Akhir kata saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan mana-mana pihak...saya mengingatkan anda pada masa yang sama saya mengingatkan diri saya jua..


Tajuk nasyid : Peristiwa Subuh
Munsyid : Raihan

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
berkumandang suara azan
mendayu memecah sepi
selang-seli sahutan ayam
tetapi insan kalaupun ada hanya
mata yang celik dipejam lagi
hatinya penuh benci berdengkurlah kembali
begitulah peristiwa di Subuh hari
suara insan di alam mimpi
Ayuh bangunlah tunaikan perintah Allah
sujud mengharap keampunan-Nya
bersyukurlah bangkitlah segera
moga mendapat keredhaan-Nya
begitulah peristiwa di Subuh hari
setiap pagi setiap hari


Assalamualaikum W.b.t


Saya ingin berkongsi bersama anda article yang saya perolehi daripada saudara Anjang Dahar....harap ia dapat memberi kesedaran pada diri anda begitu juga saya ini...insyaallah..

Kali ni sy bawakan lirik nasyid di atas ini untuk mengingatkan diri sy sndiri jua
sahabat-sahabat sekalian tentang Fenomena Subuh. Mungkin ada yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang perihal masjid dan suasananya ketika datangnya waktu Subuh.
Saya yakin sahabat-sahabat prihatin dengan suasana yang melanda umat ISLAM kini..tak kisah la di dalam negara atau luar negara saya yakin, sahabat semua lebih "masyi" (arif) tentang ayat yang ke-216 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia terbaik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia bukan yang terbaik untukmu"
(Al-Baqarah ayat : 216)


Cukup menyedihkan bilamana melihat kebanyakan setiap jemaah Subuh yang selalu bertandang ke masjid. Dengan bilangan saff yang tidak seperti saff solat fardhu yang lain dan kadang-kadang 1 saff pun tidak penuh.

Ya Allah, ke manakah perginya pemuda-pemuda ISLAM??? Di manakah mereka bersolat??? Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah yang hadir dapat dikira dengan jari.. Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.

Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh???


Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.”
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)


Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..

Rasulullah S.A.W. mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit, waktu yang sangat sukar dan terlalu payah untuk bangun dari tidur. Seseorang Muslim, apabila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh Gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Oleh sebab itu Baginda S.A.W. telah mengkhususkan solat Subuh dengan beberapa kelebihan yang tidak ada pada solat-solat yang lain.

Antaranya :

· Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

· Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"

· Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)

· Jangan tinggalkan masjid terutama di kala waktu Subuh merupakan antara sunnah Rasulullah S.A.W. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki kita ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzzin tetapi itu adalah panggilan Allah S.W.T. yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah S.W.T.

Kita semua sudah makruf mengenai peribadi Rasulullah S.A.W. yang bersifat "ma’sum". Setiap hajat yang dipinta oleh Baginda S.A.W. pasti akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Tidak ada hijab antara Baginda dengan Allah S.W.T. kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara "jasadiyah" paling dekat dengan Allah S.W.T. Waktu Subuh adalah waktu yang "afdhal" untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. Tidakkah kita merasa ingin merebutnya???

Allah S.W.T. berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah Al-Kahfi ayat : 28)

Sahabat-sahabatku yang dicintai Allah..

Hayatilah hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik solat Subuh. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seluruh isinya. Dalam hadis riwayat Imam At-Tirmidzi:

“Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar (solat Subuh) pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Jadi apakah yang menghalang kita untuk tidak bersolat Subuh secara berjemaah? Atau paling kurang kalau tidak secara berjemaah pun, bukanlah kita jadikan solat Subuh tersebut dengan ‘Subuh Gajah’ setelah terbangun selepas pukul 7 pagi lebih atau tujuh setengah atau entahlah... "Retorik" kah kita???

Jangan hanya kerana ada program "GERAKAN SUBUH" baru-baru ini atau seumpama dengannya barulah solat Subuh secara berjemaah di masjid dijaga dengan bilangan jemaah lebih seribu orang anjang rasakan. Sebaliknya, tanamlah dalam diri untuk istiqomah dalam mengerjakan solat Subuh berjemaah atau solat Subuh awal kerana kenikmatan tersebut tidak dapat diungkapkan melainkan hanya kepada si pelakunya. Ketenangan dan kedinginan suasana di saat matahari hendak terbit, hanya Tuhan yang tahu.

Betapa besarnya ganjaran Allah S.W.T. yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid. Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh?

Cuba sahabat-sahabat bayangkan jika hari tak hujan pun bilangan jemaah yang bersolat Subuh sudah sedikit apatah lagi jika hari hujan? (jawab sendirilah ye..) Anjang cukup kagum dan terharu dengan golongan ‘istimewa’ yang masih boleh melangkahkan kaki untuk sama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid tak kira hari hujan ataupun tidak tapi... Kita???!!!

Ketahuilah, solat Subuh merupakan sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Pada hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, hanya ibadat yang akan menerangi pelakunya. Seperti yang telah diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Muhasabahlah diri, kenalilah diri, perbaikilah diri. Peliharalah solat kerana solat merupakan tiang agama. Alasan apakah lagi yang ingin diutarakan? Jika kita di hadapan Allah S.W.T. nanti, dengan alasan yang bagaimanakah akan kita hendak menjawabnya?

Tepuk dada tanyalah iman. Jadikanlah permulaan hidup kita pada setiap hari permulaan yang membawa berkat, rahmat, kepuasan, kebahagiaan dan ketenangan.

Apabila terasa diri diawasi Tuhan, diri akan merasa berdosa setiap waktu, jiwa menderita dengan dosa, rasa syukur dengan nikmat-Nya, rasa hina diri dengan Tuhan dan itulah tandanya diri kita sudah memiliki sifat kehambaan yang sebenar. Berusahalah menjadi muslim yang sejati. Setiap usahamu akan dinilai di akhirat kelak dan menjadi saksi kepada Allah Taala. Insya-Allah.

Anjang tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana individu . Semoga kita sentiasa berada dalam pandangan-Nya dan jiwa sentiasa mendapat tarbiyah daripada-Nya. Semoga barakah dan rahmat Allah S.W.T. kembali menyinari diri kita, Ameen...

Kajian demi kajian :

Lihatlah sahabat...mengikut kajian CVT pada waktu Subuh, alam ketika itu berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya akan berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ????

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita (",) ...

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu ya...) kerana banyak "interferens" berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki Fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan melalui pensyariatan solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... Waspadalah!!!!

"Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : 'Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku'.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : 'Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku'..
ika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): 'Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.'
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): 'Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.'
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : 'Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.'
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : 'Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"

Saturday, November 7, 2009




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum wbt...


Agak lamakan blog ni tak di update oleh yg empunya diri....kenapa ek??? malas?? erm bkn malas cuma masa dan keadaan je x menginzinkan( mcm la sibuk sngt)...hahaha..

Hari ni nak cakap pasal apa....dah lama tak menaip so rasa lain jugak...
ermmmm....ok..


Sebagai mukadimahnya hari ni..saya akan bercakap mengenai diri saya...
biasanya kita bila ada masalah kita akan cari kawan untuk ceritakan masalah kita btul tak..
paling tidak pun ibu-bapa kita..keluarga kita...tapi kadang2 msalah yang kita alami semakin hari semakin menganggu pemikiran kita,menghantui perasaan kita...walaupun kita dah cite masalah kita pada orang yg kita rasa mampu membantu kita...tapi masalah kita tetap juga tak selesai....



Pernah tak kita cuba untuk mengadu masalah kita kepadaNya....
kita lakukannya sungguh2..pernah tak...
luahkan segalanya padaNya,minta petunjuk dan HidayahNya...
cubalah..kita lakukan dengan ikhlas dan sungguh2...dengan rendah diri sebagai seorang hamba padaNya yang mencipta kita...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...


Apa yang saya nak sampaikan adalah saya sendiri sedang melalui keadaan dimana
saya mencari siapa diri saya yang sebenarnya..rasa tertekan dan rasa terhempit dengan masalah yg saya alami...saya tak tahu apa yang harus saya lakukan..saya takut,buntu...
fikiran saya terganggu..hati tak tenang...tertanya2 bgaimana harus saya mulakan langkah saya..pada siapa saya harus minta BANTUAN???


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Hingga satu hari saya tak tahulah dimana saya dapat keberanian diri untuk menceritakan keadaan sya pada seorang insan yang selama ni saya tidak rapat dengannya,tiba2 hati terdetik dan langkah kaki rasa mahu mengadu padanya..saya hanya mengenalinya dari luaran..dan dari jauh...kini saya sangat menghormati dan menyayanggi insan 2,HANYA ALLAH SWT dapat MEMBALAS SEGALA BUDI BAIK NYA....dia seorang pendengar yang baik,memahami situasi yang saya lalui..setelah saya mengadu padanya masalah saya padanya.. dia meminjam pada saya sebuah buku novel sejarah islam bertajuk tak silap saya...
"SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH MENAKLUK KOTA CONSTANTINOPLE"
pengembaraan saya bermula apabila mula menyelak satu persatu helaian novel tersebut..
ia makin menarik minat saya untuk membacanya...wlupun pada mulanya saya sangka ia akan membosankan...malang sekali saya memang silap yang amat sangat...
setelah membaca novel sejarah islam tersebut..ia benar2 memberi kesan pada diri saya..
semakin hari saya rasa semakin berani...Alhamdulillah rasa bersyukur sangat..
KISAH INI AKAN BERSAMBUNG...


Secara konklusinya novel tersebut adalah Kisah perjuangan tokoh islam yg memperjuangkan agama islam walaupun dalam keadaan apa sekali pun..tidak pernah berputus asa untuk berusaha...
mereka berusaha pada masa yang sama mereka mohon petunjuk dan pertolonganNya...
sya pun tak tahu bagaimana nak ceritakan(tak pandai nak story)..

Akhir kata anda boleh cari novel sejarah islam seperti ini di "http://pts.com.my dan kedai buku online di http://www.bookface.com.my"
SOKONG NOVEL SEJARAH ISLAM...!!




mazaa1

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi kerana mengajar tanpa tauliah. Dr Asri atau juga dikenali Dr. MAZA, adalah graduan B.A (Hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan, M.A Pengajian Islam USM, Ph.D Al-Quran And Sunnah Studies, UIA (2003), mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001), menerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H & 1429 serta anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H.

Sebaik saya tamat pengajian Islam & Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1997, saya dikurnia Tauliah Mengajar Agama oleh As-Sahibus As-Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Murtadza Syeikh Ahmad pada tahun yang sama. Surat Tauliah juga dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Oleh itu sefaham saya, Mufti sesebuah negerilah yang mentauliahkan guru-guru agama. Dengan itu umum beranggapan kedudukan Mufti dan keabsahannya melebihi guru-guru agama yang ditauliahkannya. Saya rasa alasan mengajar tanpa tauliah terhadap seorang bekas Mufti seperti Dr Asri, adalah sukar diterima oleh ramai masyarakat.

Beberapa bulan yang lalu, Dr Asri ditawarkan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Jamil Khir. Sejak jawatan itu ditawarkan, ada pihak-pihak yang kurang selesa lalu membuat bantahan dengan surat diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung. Diantara isi kandungan surat tersebut ialah tuduhan Dr Asri tidak menganut aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, keluar dari keempat-empat mazhab (Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali), menolak hadis (riwayat) Al-Bukhary, mencerca Imam Al-Ghazali dan Imam An-Nawawi, mencerca/hina solat Hajat dan sebagainya.

Menurut beliau sebelum ini juga memang beliau mempunyai pandangan yang agak kontroversi seperti pandangan beliau terhadap pegawai pencegah maksiat mengintip kes-kes khalwat, penggunaan nama Allah di bible, tukar nama di ic disebabkan pertukaran agama, membelakangkan fatwa Majlis Fatwa tentang hukum yoga, tak bersetuju Majlis Fatwa berhimpun dalam perkara-perkara kecil seperti hukum memakai inai bercorak ditangan dan sebagainya.

Pengarah JAIS, Mohamed Khusrin Munawi menegaskan, tindakan itu diambil selepas Mohd. Asri berulang kali melanggar peraturan berkaitan aktiviti memberi ceramah agama di negeri ini. Menurutnya, Mohd. Asri tahu tentang peraturan tersebut tetapi terus melakukan kesalahan itu. “JAIS pernah menghantar pekeliling kepada semua mufti negeri termasuk Mohd. Asri yang memberitahu tentang keperluan mendapat kebenaran dan pentauliahan jabatan itu untuk membolehkan mereka menyampaikan kuliah di Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, Mohd. Asri kerap kali memberi kuliah agama tanpa tauliah termasuk di Hulu Klang yang dibuat hampir setiap bulan begitu juga di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya. “Ini bermakna beliau tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negeri ini,” ujarnya. Katanya, penahanan terhadap Mohd. Asri pada malam itu dibuat selepas mesyuarat JAIS dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilakukan.

Akon di KL 24.10.2009

Konsert artis tak berbaju Akon di Kuala Lumpur pada 24.10.2009 yang lalu berlangsung dengan jayanya dihadiri ribuan umat Malaysia. Bentuk didikan dan pengajaran ala-Barat kepada masyarakat di Malaysia oleh artis-artis tak bertauliah masih berleluasa setakat ini.

Saya menjangka untuk beberapa tempoh kedepan ini, umat Islam akan disibukkan dengan isu penangkapan Dr Asri, tawaran jawatan Yang Dipertua YADIM dan yang berkaitan, walaupun setelah Dr Asri dibebaskan dan jawatan tersebut telah ditolak. Ini adaah kerana kedudukan Dr Asri selaku bekas Mufti, YADIM mempunyai banyak NGO-NGO Islam dibawahnya, tawaran sebagai YDP YADIM dibuat oleh seorang menteri dalam program pimpinan UMNO yang dihadiri Perdana menteri sendiri, surat yang mebabitkan Yang Dipertuan Agung dan ditandatangani oleh Presiden Pertubuhan Peguan Syar’iyy sendiri dan sebagainya. Ia mungkin juga berkait dengan senerio politik di Malaysia, sejarah perselisihan diantara aliran tarikat-tarikat sufi dari zaman Abbasiyah di negara-negara Arab yang mengalir ke kumpulan-kumpulan Sufi di Malaysia hari ini, bertembung dengan aliran ulamak pro Ibu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Asy-Syeikh Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya (Wahaby) yang mengalir ke kumpulan-kumpulan pro Salafi di tanahair kita hari ini.

Saya berharap agar isu dan pertembungan ini tidak memesongkan fokus umat Islam dalam membaiki dan meningkatkan iman dan akhlak mereka, berdepan dengan konspirasi musuh-musuh Islam di Barat dan Timur, dalam kita menuju cita-cita agar umat Islam mampu memimpin dan membimbing umat yang lain di Malaysia, rantau dan dunia ini.

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Pandangan pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terhadap isu penahanan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengikuti perkembangan isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini dengan penuh bimbang. Penahanan beliau yang disensasikan oleh media itu telah menyerlahkan wajah sebenar persengketaan antara aliran pemikiran dan politik orang Melayu Islam di negara ini, sehingga meletakkan imej umat Islam dalam konteks pentadbiran agamanya di mata bukan Islam sebagai sesuatu yang boleh diperlekehkan.

Isu ini sebenarnya tidak lahir dan tidak panas secara tiba-tiba dalam jangka masa sehari semalam, sebaliknya ia merupakan kemuncak kepada konflik antara aliran-aliran pemikiran yang sudah berlanjutan sejak sekian lama. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang dilihat hanya mengikut rentak rancak media yang mencari berita hanya memburukkan lagi keadaan. Kesannya ialah mencalarkan imej umat Islam dan Melayu yang seharusnya menjadi contoh kepada bangsa lain di negara ini.

Sehubungan dengan itu, ISMA menyeru semua pihak agar:

1. Berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan media dan tidak mudah terperangkap dalam sentimen sempit agar hubungan sesama muslim terjaga dan terpelihara dalam suasana kasih sayang dan hormat menghormati.

2. Tidak membawa perbezaan pendapat dan aliran pemikiran dalam agama ke peringkat persaingan yang tidak sihat dan mengambil tindakan-tindakan yang memalukan umat Islam sendiri berasaskan dorongan emosi melampau. Segala perbezaan pendapat dan aliran pemikiran ini seharusnya ditangani dengan matang dan mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Islam.

3. Mengutamakan usaha menambah baik jentera pentadbiran dan peruntukan undang-undang Islam serta penguatkuasaannya, agar tidak menjadi bahan jenaka dan polemik yang tidak berkesudahan. Semua pihak harus rasa bertanggungjawab dalam hal ini dan tidak mudah menyalahkan pihak lain dengan sewenang-wenangnya.

4. Tidak membenarkan mana-mana parti politik menangguk di air yang keruh, sehingga menenggelamkan rasional dan kejujuran terhadap agenda pembangunan bangsa, melalui kenyataan-kenyataan yang menjurus kepada perbincangan yang tidak produktif dan tidak menguntungkan bangsa.

Ikatan Muslimin Malaysia
Bandar Baru Bangi
5 November 2009
Penahanan Dr. Asri bukan secara semberono – JAIS
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 3 Nov. – Penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin bukan dibuat secara semberono atau mengikut telunjuk mana-mana pihak.Sebaliknya Pengarah JAIS, Mohamed Khusrin Munawi menegaskan, tindakan itu diambil selepas Mohd. Asri berulang kali melanggar peraturan berkaitan aktiviti memberi ceramah agama di negeri ini.Menurutnya, Mohd. Asri tahu tentang peraturan tersebut tetapi terus melakukan kesalahan itu.“JAIS pernah menghantar pekeliling kepada semua mufti negeri termasuk Mohd. Asri yang memberitahu tentang keperluan mendapat kebenaran dan pentauliahan jabatan itu untuk membolehkan mereka menyampaikan kuliah di Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Menurutnya, Mohd. Asri kerap kali memberi kuliah agama tanpa tauliah termasuk di Hulu Klang yang dibuat hampir setiap bulan begitu juga di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya.“Ini bermakna beliau tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negeri ini,” ujarnya.Katanya, penahanan terhadap Mohd. Asri pada malam itu dibuat selepas mesyuarat JAIS dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilakukan.Dalam pada itu, Mohamed Khusrin memberitahu, keputusan sama ada bekas Mufti Perlis tersebut bakal didakwa atau sebaliknya hanya akan diputuskan oleh Bahagian Pendakwaan JAIS sebelum penghujung bulan ini.Katanya, pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan kes Mohd. Asri yang ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam Selangor.“Sebaik sahaja kertas siasatan kes Mohd. Asri siap, kita akan serahkan kepada Bahagian Pendakwaan. Selepas itu terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan,” jelasnya.Mohd. Asri ditahan oleh pasukan penguat kuasa JAIS malam semalam kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.Turut hadir pada majlis kuliah itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.Ditanya mengapa Mohd. Asri tidak didakwa semalam, Mohamed Khusrin berkata, bekas mufti itu ditahan bukan untuk didakwa tetapi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah.“Macam polis menangkap penjenayah, kena dapat perintah reman dulu dan bila sudah siap kertas siasatan baru pendakwaan dibuat.“Cuma bezanya kita tidak dapatkan waran tahanan terhadap Mohd. Asri kerana kita telah bebaskan dia dengan bon jaminan JAIS,” jelasnya.
Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini!
Posted on 2 November 2009 by dupahang

|KUALA LUMPUR,2 Nov: Selepas negara dikejutkan dengan penahanan bekas KSU Mosti atas tuduhan rasuah, kini
DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN



Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

“Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung,” katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman ‘Wahabi’ yang dianggap menyimpang,sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

“Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu… nak beri tauliah pada orang?

“Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

“Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu,” katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

“Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya…terima kasih.

“Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan,” katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.

Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu. _
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS
Posted on 2 November 2009 by dupahang

KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.


DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas mengenai ada pihak tertentu yang membuat pendedahan perbuatan maksiat menerusi internet ketika ditemui pemberita di pejabatnya dekat sini, hari ini. Menurutnya, pendedahan perkara yang mengaibkan atau memalukan individu tertentu melalui internet boleh menjatuhkan maruah individu terbabit dan haram di sisi agama Islam.



Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.“Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.“Tunggu saya…akan membuat sidang media,” katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.
Bekas Mufti Perlis kena tahan, ceramah tidak ada tauliah
Posted on November 2, 2009 by editor

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.
mazaa1 Bekas MUfti Perlis, Dr Asri ditahan JAIS.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.

“Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

“Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah… itu sahaja,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal. Mana Exco Kerajaan Selangor yang jaga Agama ni. Sampai Bekas Mufti pun kena ada tauliah juga ker. Kesian! Kesian! Kesian



sumber dari INIJALANKU.WORDPRESS.COM

Friday, November 6, 2009

Monday, October 19, 2009


Friday, October 2, 2009















ADAB TERHADAP IBU BAPA
OBJEKTIF PELAJARAN
  • Menyatakan konsep keibubapaan.
  • Menerangkan sebab-sebab anak wajib berbakti kepada ibu bapa.
  • Menjelaskan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.
  • Menyenaraikan adab terhadap ibu bapa.
  • Menghuraikan cara berbakti kepada ibu bapa.
  • Menghuraikan kesan baik berbakti kepada ibu bapa.
  • Menerangkan akibat yang diterima oleh anak derhaka.
  • Merumuskan hasil tamadun yang terdapat dalam pelajaran ini.

KONSEP KEIBUBAPAAN

  • Ibubapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak
  • Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa
  • Pengorbanan ibu bapa amat besar sebab itu setiap anak wajib taat dan berbakti kepada mereka

SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

  • Amalan tersebut adalah tuntutan agama.
  • Untuk membalas jasa baik mereka .
  • Supaya anak-anak kita nanti akan berbakti kepada kita.
  • Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan.



TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

  • Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
  • Merendah diri dan menghormati mereka.
  • Berbakti kepada mereka bila-bila masa.
  • Berdoa dan memohon ampun kepada mereka.
  • Berbuat baik kepada rakan mereka.

ADAB PERCAKAPAN DENGAN IBU BAPA

  • Bercakap dengan suara yang lemah lembut .
  • Tidak meninggikan suara.
  • Tidak membantah dan melawan.
  • Memandang tepat ke arah muka ketika bercakap.
  • Menggunkan perkataan yang baik dan tidak menyinggung perasaan mereka.
  • Tidak berbohong ketika bercakap.

ADAB PERGAULAN DENGAN IBU BAPA

  • Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka.
  • Memberi hormat semasa bertemu dengan mereka.
  • Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur.
  • Tidak mendahului mereka ketika menjamah makanan.
  • Jangan melunjur kaki ke arah mereka ketika duduk.

CARA BERBAKTI SEMASA IBU BAPA MASIH HIDUP

  • Memberi layanan yang baik.
  • Merawat ketika mereka sakit.
  • Memberi bantuan kewangan.
  • Menziarahi mereka jika tinggal berjauhan.
  • Sentiasa mengasihi mereka.
  • Menjaga keperluan mereka supaya dapat merasai aman dan bahagia.
  • Sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan mereka.


CARA BERBAKTI SETELAH IBU BAPA MENINGGAL DUNIA

  • Sentiasa memohon keampunan untuk mereka.
  • Menjelaskan segala hutang mereka.
  • Memuliakan dan berbuat baik dengan teman karib mereka.
  • Menyempurnakan segala janji yang telah dibuat mereka.
  • Mengerjkan haji buat mereka yang belum sempat mengerjakannya.

KESAN BERBUAT BAIK TERHADAP IBU BAPA

  • Akan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat.
  • Dipermudahkan segala urusan oleh Allah.
  • Mendapat ganjaran pahala.
  • Disayangi oleh keluarga.
  • Hidup mendapat keberkatan.
  • Melahirkan individu yang mentaati perintah Allah.

AKIBAT MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA

  • Akan mendapat balasan azab neraka.
  • Segala amal kebajikan menjadi sia-sia.
  • Dibenci dan dipandang hina oleh orang ramai.
  • Allah menyegerakan balasan di dunia di samping mendapat balasan azab di akhirat.
  • Sering mendapat kepayahan dan kesusahan dalam hidup.
  • Jauh dari berkat dan rahmat Allah.
  • Meruntuhkan institusi kekeluargaan.

video

Friday, September 25, 2009


ni kucing kakak sepupu tiap kali raya dia pun ikut balik kmpg...besar & berat kucing ni..tapi takda suara..namanya mishai...
turun bukit bawah sekali rumah rumah arwah atuk & nenek sya...felda bukit permai..

jalan masuk...

ni kakak saya
abg.ipar& ank buah sy
happynya







anak dengan mak

comelnya dia...


suami isteri
keluarga bahagia

MINTAK AMPUN DAN MAAF...BNYAK BUAT SALAH...HEHE
LIN SAYNG MUMMY....TERIMA KASIH SEBAB LAHIRKAN&BESARKAN LIN,TAHAN DENGAN SIKAP CARA LIN...FAHAM LIN....APA LAGI?? MCM2 LA!!
HEHE TAK SNGKA DAPAT DUET RAYA....HUHU
MINTAK AMPUN DAN MAAF KAT DADDY SBB BNYK BUAT SALAH..HEHE
SAYANG DADDY...TERIMA KASIH SEBAB JAGA LIN ..
HEHE DAPAT LAGI LA.....MEMANG TAK SANGKA LA...HAHA TAHUN LEPAS TAK DAPAT SEBAB DEGIL SANGAT KOT!!





Thursday, September 24, 2009








NI GAMBAR DENGAN MAK.LANG..KAKAK PADA DADDY SYA...
NI KAK.YANG KAKAK.SEPUPU.
BARU JE KAHWIN DUA ORG NIE...

NI DENGAN KAK.IKAH DIA 18THN..KAT UPNM...
NI DENGAN ABG.SEPUPU DULU MASA DIA BUJANG DIA TINGGAL DENGAN KUARGA SAYA...ABG.ZAM NAMANYA...SUKA SAKAT SAYA...ABG LA KATAKAN...
YANG NI MUHAMMAD NAUFAL....ANK SEDARA NI..
YANG INI...DENGAN ABG SEPUPU NAMA DIA FAHMI..STPM TAHUN NIE...YG TENGAH2 TU TAK KENAL TAPI KIRA SEDARA JUGAK LA..MASA 2 RUMAH FULL HOUSE RAMAI SANGAT DATANG BERAYA..SAMPAI DAN TAK KENAL MANA SATU...
POYO JE KAMI..SETAHUN SEKALI JUMPA
SEDARA JAUH NI....SEPUPU AYAH PUNYA ANAK...


NAK G BERAYA...RAYA KE-4 TAK SILAP NI..
YANG NI KELUARGA ANGKAT..MASA SYA 5 THUN...MEREKA JAGA SAYA...KIRA BABYSITTER LA....DAH 11 TAHUN TAK JUMPA...TAPI SAYA G CARI JUGAK..MANA LEH LUPA ORG YG BNYK TOLONG KITA...



NI MAKCIK SYA IAITU KAKAK PADA AYAH SAYA...DAN SEBELAHNYA IALAH ATUK SAYA..ADIK LELAKI PADA ARWAH NENEK SAYA....KAT MUAR NI..
NI ISTERI ATUK SYA TADI..



KAMI MEMANG RAPAT..SBB DARI KECIL TINGGAL SMA2...



PANDAI GAK BUAT KETUPAT...BARU SEHARI BELAJAR...
NI KAK.LIZA KAK,SEPUPU SAYA DGN ANKNYA NAUFAL..
WAA..BANYAKKAN PINGAT SYA...

Thursday, September 17, 2009

DENGAN INI SYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...JIKA SELAMA INI KANDUNGAN BLOG SYA ADA YANG MENGGURIS HATI PEMBACA. ATAU APA SEKALIPUN...SYA MINTAK MAAF...SELAMAT BERHARI RAYA....

SELAMAT HARI JADI SYIDA YANG KE-16...
INI GAMBAR MASA DAH BAGI DIA HADIAH...ITU YG CIUM PIPI DIA WISH HAPPY BIRTHDAY....MASA HARI JADI SYA SYIDA BUAT CAKE SENDIRI MAK DIA TOLONG GAK TUNJUK TAPI HAHAHA PAHIT SIKIT..
OK LA MEMANG TERAHU...


Tentang dia kawan yang bergelar sahabat....
kiteorang mula berkawan sewaktu form 2...masa sy dan syida satu kelas tapi duduk tempat lain2 la...so xthulah mcmana satu hari 2 ada rombakan pelajar...jadi setengah pelajar dari kelas 2 terpksa dikeluarkan...jadi kelas memang nampak kosong...cikgu kelas suruh pelajar di belakang isi tempat duduk yang kosong dihadapan...saya pun dudukla di depan skali...masa 2 saya tak tahu syida duduk sblah sya...kiteorg memang dah knl sbb dulu satu sk rendah cuma tak byk ckp je...so bila duduk sblh2 kira ok la...mcm biasa.....

Dalam tempoh 2 tahun kite dua sekelas memang sy tak sangka dia adalah sahabat saya...
kite dua slalu bergaduh tapi setakat diam tak bercakap,ada je yang tak btl,tp syida dia tetap ikut saya mana saya pergi...sampaikan ingat lagi guru kat sk kata mana BELANGKAS KAMU??....hahaha disebabkan syida slalu ada kat sblah saya..kemana sy pergi dlm perkarangan sk...dibuatnya cikgu ty mcm 2...hahaha mmg tak boleh lupa..

SAYA dn SYIDA mmg berlainan...dia orgnya lembut, saya pulak kasar,garang dan tegas,kuat marah haha...ikutkan syida tak suka kawan dgn saya sbb dia kata dulu muka saya nampak sombong..haha...saya pulak tak suka kwn dgn dia sbb dia 2 selalu nak berkepit dengan saya mana saya pergi...mcm2 la ada je tak kena..masa 2 kite dua mmg slalu buat hati masing2 sakit hati,geram,kecik hati....tapi klu apa2 nak gak duduk sebelah2....sbb dah biasa agaknya,,,


Saya pernah memarahi syida,buat dia terasa hati,kadang2 saya tinggalkan dia sorang2....kesian kat syida..bila teringat apa saya dah buat kat dia masa form 2..memang saya tak layak jadi kawan dia...sy ni xda niat nak buat dia g2 TAPI saya tak sanggup nak gaduh dgn dia,dia orgnya baik,senang dibuli,pendiam ... so sy jauhkan diri...saya jnis yang tak ska diikut tapi bila dah dpt kwn g2 sya jd rimas...walaupun sy dah marah syida,buat dia kecil hati dia tetap nak gak ikut sya...sabar tak sabar dia dengan sikap saya???? SUSAH NAK DAPAY KWN G2...SAMPAI SYA KATA AKU TAK SUKA KAU IKUT AKU!! syida kata aku tak faham la dengan kau azy memang tak dapat faham susah....
saya diam je sbb diri sy memang susah utk difahami...tapi syida dia tak putus asa...lepas form 2 kite naik sama lagi..duduk syida nak duduk sebelah sya...masa tahun yg kedua itulah syida dah mula faham sya..itupun sikit je...dia seorg kawan yang saya gelarkan SAHABAT....


Dia menerima kekurangan dan kelebihan sya,dia sabar menahan karenah cerewat saya,tolong sya bila saya susah,ada disebelah saya bila sya perlukan dia Ataupun tidak,suka dgr masalah sya...banyak sgtla tentang syida...kadang2 bawa bekal pun kongsi dengan sya...bawakkan untuk sya..sya pula kadang2 beli kek coklat untuk dia..makan sama2...SEKARANG jika saya sedih,marah, ke apa...syida tgk je muka sy,cara sy cakap berdiri,pandang org.. dia dah thu dah sya nak lari dari soalan dia pun tak boleh..sampai mcm 2 skli dia knal sya...saya pun sma gak mcm 2...sy senang fahm sikap dan cara syida dia tak leh nak lari haha masing2 tahu kelemahan masing2...KAMI bergaduh gak,kdg2 kcil hati,terasa antara satu sama lain,,tapi kami diam senyap je agak dah 1 hari tak brckap kat sk..esok dtg sk dah berckp balik klu tak pun buat tak tahu...xda nak taik muka lama2...tapi masing2 tak boleh meluah...

saya hargai syida sbb dia sentiasa berusaha untuk berkawan dgn sya,sabar untuk memahami sikap dan perangai sya dan dia tidak pernah memburukkan sya atau mengaibkan kan...malah dia memang lain la orgnya memang baik..dan tak sngka akhirnya kita kawan baik,akrab,rapat walupun dah lain kelas...sayang saya pada syida seperti keluarga sya sendiri....bila syida dibuli saya yg akan tolong dia sbb ay rasa sy yg dibuli....bila syida kecil hati saya gak akan rasa sedih entahla perasaan itu dah ada..yela nama pun kawan baik kan...sekarg sy dah ajar dia supaya berani !! jangan tunduk pada org!! dia dah brani sekarg hehe apa2 dia ngadu kat sya...sebenarnya byk lagi yang berlaku...PERSAHABATAN KAMI MELALUI PELBAGAI DUGAAN UNTUK SAMPAI KE PERINGKAT DAN TAHAP INI...TAK SEMUDAH YANG DISANGKA...waa hahaha....TAK MUDAH UNTUK MENCARI SAHABAT DUNIA & AKHIRAT....HARAP WE WILL ALWAYS BE BEST FRIEND..

Wednesday, September 16, 2009

ciuman buat seorang kawan akrab yang disayanggi..sempena hari jadinya..tapi bg 1 minggu awal la dri tarikh hari jadinya sbb hari jadinya jath pada 25 so time tu kan cuti....ini baru lepas bg hadiah......






Monday, September 14, 2009


Ermm...hari ni sya,parents saya,syida dan adiknya kuar g beli baju raya untuk adik syida and syida...anak angkat parents saya la senang cite...parents saya dah anggap syida dan adiknya mcm ank sendiri 2 yang bawa beli baju raya....memang seronok la buka puasa sama2....











Sunday, September 13, 2009


bersama anak buah zulfa namanya tingkatan 3...



saja bergambar penat tunggu mak testing pakaian sampai handbag mak saya yang pegang..bukan apa takut kna ragut...







alamak speck takda mata nampak lain...

WAHAI RAKAN-RAKAN HAYATI SLIDE INI!!!









Assalamualaikum w.b.t



Hari ni adalah satu luahan dari saya sedikit tentang diri saya...
saya ni sama juga seperti anda seorang pelajar,seorang remaja,seorang murid,seorang anak kepada orang tua saya..
Selama ni saya selalu menyuarakan pandangan saya,nasihat saya untuk dikongsikan bersama anda rakan-rakan saya..dan pada masa yang sama mengingatkan diri saya sendiri....


Sebagai manusia yang sempurna,yang tidak boleh lari daripada godaan/hasutan syaitan dan iblis yang sentiasa cuba untuk menghasuti perasaan kita..
Setiap insan yang sempurna inginkan kejayaan,kebahagian,kemakmuran dan kedamaian..tetapi tidak semua dapat memperolehinya.. betul tak??? saya juga seperti anda yang ingin berjaya dalam hidup seperti insan-insan yang telah berjaya kini...


TAPI kenapa!! pernah tak anda semua fikir kenapa kita tak berjaya memperolehi apa yang kita mahukan...
Saya juga mempunyai masalah seperti remaja lain..masalah yang saya selalu..
hadapi adalah masalah kurang keyakinan diri MAMPU KE SAYA BUAT??KALAU DAH USAHA TAK BERJAYA MACAMMANA?? BOLEH KE SAYA DAPAT APA YANG SAYA MAHUKAN??...
itu adalah beberapa persoalan yang selalu bermain di minda saya baik di hati juga...



Saya juga akan mendudukki SPM pada tahun hadapan dimana peperiksaan itu sangat penting untuk masa depan saya...ia akan menentukan masa depan saya pada masa akan datang..


Saya nak kongsikan sesuatu yang saya dan rakan sekelas agama saya dapat nasihat dari ustazah kami iaitu ustazah.afifah.. ustazah menasihati kami dan membuka minda kami dengan berkata .."kamu semua belajar selama 15 tahun...iaitu 6tahun di sekolah rendah 5tahun di sekolah menengah dan baki 4tahun di universiti....kita hanya perlu berkorban selama 15tahun untuk belajar ALL OUT... memang kna usaha dengan gigih,mengharungi cabaran.penat letih,jatuh bagun,susah senang,tertekan,jemu apabila kita belajar itu adalah lumrah wahai rakan2......tapi jika dalam tempoh 15thun kita gunakan untuk HUHA-HUHA ( enjoy), HAPPY GO LUCKY-LUCKY tak habis-habis...memang kita rugi sangat.rugi yang amat sangat...ye memang betul tak salah untuk berseronok tapi biarla berpada-pada dan bertempat kita harus manfaatkan waktu dengan baik...HANYA 15 TAHUN SAHAJA!!


Kalau kita nak berenjoy sekarang selepas 15thun kita berumur 23/24 tahun-58tahn.. kita akan susah dan masa depan tidak menentu dalam tempoh waktu itu...sebab apa jadi macam 2?? sebab dalam tempoh 15tahun kita tidak menghargai masa yang diberi..kita LEKA,ALPA,AMBIL MUDAH,TAK KISAH,LALAI..APA LAGI?? MACAM-MACAM LA!!..



Saya nak tanya lah kenapa kita pilih yang susah?? sedangkan kita mampu mendapatkan kehidupan yang senang??? orang dah bagi naik bot tapi kita masih nak guna perahu dan sampan kenapa?????? belajar sungguh2,berhempas pulas,penat,letih...hanya untuk 15tahun sahaja lama sangat ke??? tidak kan..so apa masalahnya?? Berbanding dengan umur kita 23 tahun hingga 58 tahun kita hidup menderita dan susah...lagi lama..
WEI TOLONGLA BUKA MINDA YANG SEMPIT TU!! BANGUN LA!!


Saya menasihati dan mengingatkan anda tapi belum tentu masalah saya selesai dan saya tidak mempunyai masalah...tapi saya nak rakan2 ingat satu pekara ini..
"ALLAH SWT TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA,JIKA HAMBANYA TIDAK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI"
maksudnya jika kita nak berjaya kita kena berusah,kejayaan yg kita bakal perolehi adalah setimpal dengan usaha kita..jika kita tak usaha atau usaha dengan sedikit maknanya kejayaan yg diperolehi hanya sedikit..faham tak????



KEYAKINAN DIRI AMAT PENTING,
DISIPILIN DIRI KUNCI KEJAYAAN,
Kita hanya mampu berusaha tetapi ALLAH SWT menentukan segalanya..kita bertawakal dan banyakkan berdoa..kita sebagai umat islam percaya kepada kekuasaan ALLAH SWT...
tiada yang mustahil dengan kekuasaan ALLH SWT.. Kita tidak layak memprtikaikan kekuasaanNya..segala ketentuanNya pasti ada hikmah disebalik segalanya..


Kita makhluk ciptaanNya yang sempurna dari segi akal dan fikiran,fizikal kita harus menggunakan segalanya dengan sebaik mungkin..JANGAN MENYESAL KEMUDIAN KELAK TIDAK BERGUNA LAGI....

JANGANLAH KITA MENYERAH KALAH SEBELUM BERPERANG/BERUSAHA..
DAN jangan menyalahkan ketentuan takdir jika anda gagal..tapi salahkan diri anda yang sendiri tidak berusaha yang hanya tahu berserah sahaja pada ketentuaNya..TANYA DIRI KITA SEJAUH MANA KITA USAHA?? KITA MAHUKAN HASIL YANG BESAR TAPI USAHA YANG SEDIKIT EH MANA BOLEH MACAM 2!!!...KITA HARUS BERUSAHA!!!



WAHAI KAWAN-KAWAN...memang susah untuk berjaya dalam hidup tapi senang untuk gagal dalam hidup...tapi kenapa kita pilih untuk gagal sedangkan kita mampu berjaya??? kenapa?? kemudahan dah lengkap,cikgu depan mata,sekolah dekat dengan rumah,ada pengangkutan..hargailah peluang yang diberi gunakan sebaik mungkin...kesusahan yang kita harunggi kelak akan menjadikan kita insan yang dihormati pada masa yang akan datang INSYAALLAH!!..BERUBAH LAH JIKA MASIH ADA PELUANG..JANGAN SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR..JANGAN MENGHARAPKAN BULAN JATUH KE RIBA,KESERONOKKAN ZAMAN REMAJA HANYA SEMENTARA..


CAKAP MEMANG SENANG..TAPI KITA KENA BUKTIKAN...JANGAN SEKADAR DI BIBIR SAHAJA!!


Sampai disini sahaja update saya ..harap dapat berjumpa lagi..diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat bersama...sekali lagi saya mohon maaf jika kata2 saya.bahasa saya ada mengguris hati mana2 pihak..saya mintak maaf saya tidak menunding jari pada sesiapa..saya juga sedang cuba untuk memperbaikki kelamahan diri saya...
TERIMA KASIH kerana sudi membaca....SALAM..



-ANNUR AWFIYAH-





bersama daddy


adik sdara rina



ini sepupu rapat nur ain sahira bt mazlan seumur dengan aku....






ini adik sdra yg pakai baju melayu itu namanya hafiz dan sebelahnya iskandar


mesra tau..merasa ada adik lelaki...
jangan pelik saya memang sukakan adik lelaki





poyonya adik aku ni..
haha baru sampai dah nak bergambar



Thursday, September 10, 2009

Wednesday, September 9, 2009

NOOR AZEYATI AZREN
NNaif
OOportunis
OOportunis
RRamah
AAmanah
ZZingy
EEmosional
YYakin
AAlim
TTulus
IIkhlas
AAbadi
ZZingy
RRealistik
EEgoistik
NNaif
Apa ada pada nama?




PATUTLA SAYA BERSIKAP BEGITU...

Tuesday, September 8, 2009



NI SAYA DENGAN KAWAN SAYA IZZATI KAMI JUMPA GURU PRACTICAL YANG TURUN
SEREMBAN..KITEORANG TENGOK WAYANG..DENGAN CIKGU PRACTICAL DAH RAKAN-RAKAN YANG LAIN...






PERHATIAN!! SLIDE INI HANYA SEKADAR GAMBAR CONTOH
TIDAK DITUJUKAN KEPADA SESIAPA...


Assalamualaikum wbt...

Dah lama tak update blog...banyak benda dalam fikiran nak difikirkan...
apapun thanks sbb sudi singgah lagi dan meluangkan masa untuk membaca ..
baikla hari ni saya nak kongsi sedikit apa yang saya perhatikan la...

Sekarang budak sekolah suka ponteng kelas,ponteng sekolah. ataupun dengan bahasa ringkasnya FLY...kenapa ek?? best ke ponteng-ponteng ni??
Kenapa pemikiran sesetengah remaja sekarang sempit?? hnya tahu mencari jalan mudah sahaja,tahu nak berseronok sahaja...

Kenapa kita sebagai remaja yg cukup sempurna mempunyai nikmat akal fikiran dan sihat fizikal mental tidak menghargai nikmat pemberian Allah SWT..kenapa nak pilihg jalan yang akan menghanyutkan kita,memusnahkan masa depan kita..sedangkan kita tahu ia banyak keburukannya TAPI kita masih memilihnya....tak nampak ke betapa sempitnya pemikiran kita...kita marah orang panggil kita budak-budak,tapi itu yang kita tunjukkan pada orang...fikiran sempit,tak matang...memang hakikatnya kita masih Budak..tapi tak payahla BAJET DEWASA...


Kita banyak alasan bila tanya kenapa tak nak belajar?? kenapa ponteng kelas dan sekolah,kenapa suka melepak?? alasan yang biasa kita dapat:

"KEPALA PENING ADA MASALAH ,
TENSION LA BANYAK MASALAH KAT RUMAH,
GADUH DENGAN AWEK'S OR PAKWE..

Banyak lagi la 1001 alasan dibagi...suka na cari alasan...cari isi-isi penting dalam karangan tak suka pulak..tunjukla kehebatan dalam karangan..lagi banyak faedah...



Wei tolongla itu semua alasan BODOH!! (maaf bahasa kasar) but that is the truth ok!!,
alasan orang yang tak nak berjaya,yang nak menyusahkan diri sendiri dan mak ayah...kita FLY sana sini...apa kebaikkan yang kita perolehi??..ada ke?? xda kan...
itu semua shortcut untuk lari dari masalah....sampai bila kita nak lari dari masalah??
kita sendiri yang mencipta masalah jadi kenapa tak boleh selesaikan pula...



Kita tahu kita mampu belajar seperti orang lain...jadi Buktikanla...
sebagai manusai kta memang tidak boleh lari dari masalah...itu satu lumrah..
ia tidak dapat dinafikan..tetapi sebagai insan yang dicipta oleh
YANG MAHA AGUNG ALLAH SWT..kita diberikan akal fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yg buruk..mana yang perlu dan mana yang tidak...insyaallah masalah dan stress boleh dihadapi dan kita mampu mencari jalan penyelesaian..


IbU-bapa kita membanting tulang empat kerat siang dan malam untuk mencari rezeki dan sesuap nasi untuk kita dan keluarga,menghantar kita ke sekolah agar menjadi orang yang berilmu dan dapat menjamin masa depan kita,mengubah nasib keluarga,membalas jasa mak-ayah..
TAPI kita sikit pun tak pernah fikirkan apatah lagi memahami perasaan ibu-bapa kita...inikan nak menghargai pengorbanan mereka...


Mungkin sesetangah keluarga ibu-bapa selalu marah-marah,mereka penat di tempat kerja tension di tempat kerja..mereka mengharapkan bila mereka pulang dari kerja ank-ank mereka tidak melakukan kesalahan dan memahami keadaan mereka..Tapi ia tidak bermakna ibu-bapa kita tak sayangkan kita bila mereka selalu marah-marah kita,pukul kita...mereka sebenarnaya sangat sayang pada kita mereka tak nak kita suasah seperti mereka..

APABILA kita mula ponteng sekolah..kita akan mula menjebak kepada banyak lagi kancah maksiat seperti pergaulan bebas,parti sana sini,merokok,anak luar nikah..macam2 maksiat ...JAUHI LA MAKSIAT...
KITA MAMPU MENGUBAH NASIB HIDUP KITA JIKA KITA BERSUNGGUH-SUNGGUH...


JANGANLA kita menyesal dikemudian hari...kelak ia tidak berguna lagi..
kerana ia "BIDUK TIRIS MENANTI HANYUT"
maksudnya sesuatu yang tidak dapat ditolong lagi.
Dan janganla kita jadi seperti
" BINGGUNG TAK DAPAT DI AJAR,CERDIK TAK DAPAT LIHAT"
maksudnya berlagak pandai tapi tak mahu mendengar kata.



Sampai disini sahaja update saya..dan "BIBIR SAYA BUKAN DIRETK PANAS"
maksudnya kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta..
apa yang ingin saya sampaikan adalah peringatan untuk saya dan kita remaja-remaja di luar sana..saya mintak maaf jika ada yang terasa atau tersinggung dengan kata-kata saya..atau saya ada terkasar bahasa...diharapkan kita dapat menjadi yang lebih baik...INSYAALLAH!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tuesday, September 1, 2009

Assalamualaikum wbt..



Ok...........seperti yang kita semua tahu trend baju zaman sekarang memang meletup betul tak macam-macam gaya dan fesyen....sampai kita tak tahu nak buat pilihan yang mana nafsu la katakan...yela baju dah lawa ye tak???....zaman pun semakin berubah semakin maju..TAPI sebelum kita pergi jauh saya nak tanya la....kita sebagai seorang yang mempunyai agama,waras fikiran,dapat berfikir dengan baik,mempunyai akal ...pernah tak kita guna akal kita dengan sebaiknya ???? pernah tak??
ok la kita tinggalkan persoalan itu...





Remaja islam sekarang banyak terpengaruh dengan anasir barat yang menjajah jiwa dan pemikiran remaja sekarang tanpa mereka sedari...walaupun negara telah MERDEKA tapi fikiran dan jiwa kita tak merdeka KITA masih dijajah....KITA MASIH DIJAJAH LA WEI!!!!
kita diberi akal yang sempurna olehNya yang boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk...kita dapat membahagikan mana satu perlu dan mana satu tidak dan banyak lagi keistimewaan akal... tidak dapat diberi gambaran...
Akal mampu mengubah dan memajukan dunia dan juga sebaliknya ,dapat menjadikan kita berjaya jika digunakan dengan betul,profesor? pakar scientist? ciptaan robot? laptop? money making melalui web? mcm2 la...






ALLAH SWT MAHA PENCIPTA telah MENCIPTA AKAL hinggakan kita mampu mengubah cara hidup kearah lebih maju yang memudahkan urusan.. ..betul?? tapi pernah ke kita duduk sebentar melihat kekuasaanNYA?? BERSYUKUR?? PERNAH??
ok tak perlu pergi jauh la..kita lihat diri kita sendiri dah cukup ..kita diberi nikmat mata untuk melihat keindahan pacaindera ciptaanNya,mencari ilmu yang memberi kebaikan di dunia dan akhirat,melihat hadis-hadis para NABI,dan mcm2 lagi... tapi apa yang kita lihat???
ASK OURSELF??






kita diberi mulut untuk dan bersuara untuk bercakap tentang KekuasanNYA,menghafaz surah-surah kitab suci AL-QURAN,MENGAJI,belajar,membaca buku,berbincang pekara yang membawa faedah dan kebaikkan pada semua,bercakap meggunakan perkataan yang baik dan sopan,menghormati orang lain...menasihati sesama umat,bersuara menegakkan keadilan,membela diri,menjaga maruah diri,keluarga,agama dan negara,mencegah kemungkaran,mencegah penindasan UMAT,berdakwah dgn pelbagai cara dan mcm2 lagi la TAPI apa yang kita bualkan???... Apa yang kita cakapkan dan bualkan dalam masa sehari
(24 jam)??? ....
kita banyakkan masa kepada arah kebaikkan jika ye alhamdulillah... atau kita mengumpat? gosip? memburukkan org lain? melagakan org lain? cerita tak senonoh? menyakitkan hati orang lain?? BUAT org kecil hati dan tersinggung?? ...mana satu yang kita banyakkan dalam masa 24 jam??? adakah kita guna anugerahNYA kearah yang sepatutnya?? atau sebaliknya...kita tanya diri kita sendiri....
"KERANA MULUT BADAN BINASA" AM I RIGHT??






Diberikan kesempurnaan fizikal sihat tubuh badan...untuk kita mengejarkan amal ibadat..ke masjid apabila seruan memanggil ( lelaki)....sentiasa bersolat 5 waktu sehari,Menutup aurat,berdoa padanya,mohon petunjuk dan hidayahNya dan sentiasa meminta ampun,Mencari ilmu,mencari rezeki yang halal...saling bantu membantu...menjaga anggota badan daripada melalukan perkara yang tidak baik seperti memcuri,memukul....dan banyak lagi ....TAPI apa yang kita buat?? TANYA DIRI KITA.....TANYA!!!





Saya susun 10 jari mohon maaf jika kata-kata saya ada membuatkan ada pihak yang tersinggung,terasa atau marah,jauh sama sekali saya nak berbuat begitu..
saya tidak menuding jari pada sesiapa atau menuduh sesiapa...saya berkata berdasarkan apa yang saya lihat,saya lalui.pengajaran yang saya perolehi,...saya bukan bercakap atas dasar yang tidak relevant...
atau
bahasa kasarnya cakap ikut suka atau sedap mulut berkata...bukan begitu ye
saya juga manusia yang tidak dapat mengelak dari melakukan dosa...saya bukan hendak belagak baik atau apapun..saya cuma ingatkan pada diri saya dan mengingatkan pada yang lain,...mungkin hari ini saya ingatkan dan nasihat anda HOPE one day anda jugak dapat mengingatkan SAYA dan menegur saya ....JIKA UMUR SAYA PANJANGLA insyaallah...


Siapa yang nak JAGA AGAMA KITA kalau kita tak jaga??
SIAPA NAK HORMAT AGAMA KITA?? kalau kita pun tak hormat agama kita??

siapa nak SAYANG DIRI KITA DAN SAUDARA ISLAM KITA??
kalau kita sendiri pun tak sayang diri KITA dan SAUDARA ISLAM KITA...

PERSOALANNYA ADAKAH KITA BERSYUKUR DENGAN NIKMATNYA?? MENGHARGAI ORANG SEKELILING KITA??..
MEMBANTU MEREKA KERANA ALLAH SWT??
atau kita kata lantak hang la kubur lain-lain..?????
kita sama-sama fikirkan ye....
OK LA dah nak sahur ni dah pukul 4...mintak diri dulu ye...

SELAMAT BERPUASA..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



"JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM"
"BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH"
"BERTAUBAT SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.....
-AZY AZLIN-

Monday, August 31, 2009



Assalamualaikum wbt


Esok dah buka sekolah.....cuti sekolah seminggu pun tak g mana2..banyak pekara yang tak di ingin ni berlaku..
pertama jatuh motor,kedua jatuh tangga sibuk nak jawab phone rumah berbunyi kat bawah..( mana g handset aku?? hehe biasala silentkan orang call berpuluh kali pun tak dengar punya itu yang parents call rumah buat sakit hati je call handset aku),
ketiga terhantuk kepala kat peti ais...tak prasan pintu peti ais bahagian frezeer atas terbuka,bangun kepala terus kena (memang sakit)...kenapa la banyak sangat yang berlaku.. kena lebih berhati-hati la agaknya kan...atau banyak dosa????...
Allah SWT je yang MAHA MENGETAHUI
nasib bertemankan seekor kucing yang sudi menemani dengan upahnya kena bg makan On Time la ish-ish sbb 2 la kucing aku dah la gemuk makan je kerjanya gambar kucing yang aku maksudkan BUSH ada gambar dia kat atas..kucing jantan ..tapi kadang2 kucing bising gak meow-meow je kerjanya...pening kepala la dengar...konon nak bagitahu dia dah balik tolong bagi makan..selagi tak bg bising la dia..
Lepas dah buka g terawih tenang fikiran bila menghadap yang MAHA ESA..
itulah rutin masa cuti sekolah....bab study and kerja sekolah that goes without saying la memang kena buat....

Urmmm....rasa macam excited sikit je nak sekolah esok....rasa tak nak pergi pun ada gak bila fikirkan perkara yang memang akan berlaku dan akan mentensionkan kepala,menyakitkan hati..

Sunday, August 30, 2009